Hari ini merupakan hari pertama Kumpulan Pertama pelajar dari Kursus Eksekutif Halal Melaka menjalani praktikal secara 'live' di Pasar Tani MEGA Stadium Shah Alam. Walaupun pada hari tersebut hujan renyai-renyai, namun mereka tetap bersemangat dan komited dengan tugas yang telah diberikan. Kumpulan Pertama terdiri daripada 5 orang pelajar, 3 pelajar perempuan serta 2 pelajar lelaki.