Wednesday, January 11, 2012

Jeruk Pak Ali Menang Anugerah

Berita Utara


December 18, 2011 13:20 PM
Syarikat Jeruk Madu Pak Ali Menang Anugerah Usahawan Terbaik Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 18 Dis (Bernama) -- Pengilang jeruk terkenal di Pulau Pinang, Jeruk Madu Pak Ali Enterprise dianugerahkan sebagai Usahawan Bumiputera Terbaik di negeri ini.

Peneraju syarikat, Alias Ali, 37, berkata perniagaan yang diwarisi dari bapanya Ali Omar hanya berkembang pesat sejak tiga tahun lepas dengan modal tambahan sebanyak RM30,000 untuk mengembangkan perniagaan.

"Sudah 20 tahun bapa berkecimpung dalam perniagaan jeruk ini. Kami bersyukur dengan pencapaian syarikat sekarang yang mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM5 juta setahun.

"Saya sangat berterima kasih pada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang telah banyak menabur jasa kepada syarikat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Usahawan Bumiputera peringkat negeri di sini, malam Sabtu.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Alias berkata syarikatnya kini memiliki dua buah kilang masing-masing di Tasek, Seberang Perai dan Putatan, Sabah serta memiliki 18 cawangan di seluruh negara.

"Jeruk keluaran syarikat kami turut dipasarkan ke luar negara seperti Arab Saudi, Ireland dan Holland," katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Nor Mohamed Yakcop berkata usahawan Bumiputera peringkat mikro perlu mengorak langkah agresif dengan merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui pelbagai program transformasi ekonomi bagi memperkembangkan perusahaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

"Terbaru pada Julai lepas, kerajaan dengan kerjasama Syarikat Pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC), Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta telah membangunkan satu program khas yang dinamakan Teras bagi membangun usahawan Bumiputera di dalam kesemua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Diharapkan usahawan bumiputera dapat maju ke hadapan dan merebut peluang-peluang ini," katanya.

-- BERNAMA

Friday, January 6, 2012

Jeruk Madu PAk Ali Di MBSA

Jeruk Madu Pak Ali Di Wisma MAIS

Jeruk Madu Pak Ali di Karnival Sayangi Selangor 2011


Karnival Sayangi Selangor yang berlangsung pada Rabu 28 /12/2011 hingga Sabtu 31/12/2011 sempena menyambut Tahun Baru 2012. Terdapat pelbagai gerai pameran seperti gerai PDRM, BR1M, Produk Barangan Satu Malaysia, TEKUN, MOA dan lain-lain.

Sunday, December 11, 2011

Jeruk Madu Pak Ali di Cafe D' Ambeng PKPS Shah Alam

Lokasi terbaru Jeruk Madu Pak Ali boleh didapati di Cafe D' Ambeng, berhampiran Bank Islam yang terletak di bangunan PKPS (berhadapan Hotel Blue Wave), Shah Alam, Selangor.

Saturday, December 3, 2011

Jeruk Madu Pak Ali Booth U5B Jabatan Pertanian Selangor

Kami berada di booth U5B, Jabatan Pertanian Selangor. Datanglah bersama keluarga anda untuk menikmati jeruk madu kami yang terbaik ini.Booth kami berada berhadapan pentas utama, bersebelah jambu 88.

Tuesday, November 29, 2011

Sekitar Selangor Agro Fest 2011


 Jom ke Selangor Agro Fest 2011, bermula pada 28 November sehingga 4 Disember 2011, Stadium Shah Alam, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. antara yang menarik di Selangor Agro Fest 2011 adalah gerai jualan Jeruk Madu Penang Pak Ali (Booth No. U5B-berhadapan pentas utama), Air kordial Roselle, azliza delicacies-home made cookies, cakes and pastries, awin trading-penghalau lipas, nyamuk, lalat dan tikus, Jambu 88, Activo-Air Isotonik, Madu Unggul, Booth Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar Selangor dan lain-lain lagi.