Sunday, December 11, 2011

Jeruk Madu Pak Ali di Cafe D' Ambeng PKPS Shah Alam

Lokasi terbaru Jeruk Madu Pak Ali boleh didapati di Cafe D' Ambeng, berhampiran Bank Islam yang terletak di bangunan PKPS (berhadapan Hotel Blue Wave), Shah Alam, Selangor.

Saturday, December 3, 2011

Jeruk Madu Pak Ali Booth U5B Jabatan Pertanian Selangor

Kami berada di booth U5B, Jabatan Pertanian Selangor. Datanglah bersama keluarga anda untuk menikmati jeruk madu kami yang terbaik ini.Booth kami berada berhadapan pentas utama, bersebelah jambu 88.

Tuesday, November 29, 2011

Sekitar Selangor Agro Fest 2011


 Jom ke Selangor Agro Fest 2011, bermula pada 28 November sehingga 4 Disember 2011, Stadium Shah Alam, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. antara yang menarik di Selangor Agro Fest 2011 adalah gerai jualan Jeruk Madu Penang Pak Ali (Booth No. U5B-berhadapan pentas utama), Air kordial Roselle, azliza delicacies-home made cookies, cakes and pastries, awin trading-penghalau lipas, nyamuk, lalat dan tikus, Jambu 88, Activo-Air Isotonik, Madu Unggul, Booth Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar Selangor dan lain-lain lagi.

Sunday, November 20, 2011

Hari Peladang dan Penternak Selangor 2011

Hari Peladang dan Penternak Selangor (HPPNS) 2011 telah bermula pada 18 Nov hingga 20 Nov (Jumaat-Ahad) dan berakhir semalam. HPPNS ini telah dirasmikan oleh Y.B DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Karnival ini telah berlangsung di Stesen MARDI, Jalan Kebun, Klang dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Terdapat beberapa gerai jualan yang dibuka pada hari tersebut yg kebanyakannya peserta dari FAMA, LPP, KADA, MADA dan beberapa lagi agensi kerajaan serta pengusaha IKS yg turut memeriahkan karnival. Antaranya adalah seperti Jeruk Madu Pak Ali, Pizza Pah, Minuman Isotonik OCTIVO dan lain-lain lagi.

Tuesday, November 15, 2011

Selangor Agro Fest 2011 Stadium Shah Alam

Kami akan membuka kiosk bersempena Selangor Agro Fest 2011(SAF 2011)pada 28/11/2011 hingga 4/12/2011, dr jam 10.00 pagi-10.00 malam. Kepada penggemar jeruk buatan Muslim, tidak batuk, tidak menyebabkan sakit tekak,tiada Sakarin (ibu gula)boleh singgah ke kiosk kami di sana. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival Selangor Agro Fest 2011 ini.

Tuesday, October 25, 2011

Jeruk Madu Pak Ali Di Putra Jaya


Kini sudah tiba di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada setiap akhir bulan, kiosk Jeruk Madu Pak Ali akan berada di Bangunan JPM, Putra Jaya.

Kiosk Jeruk Madu Pak Ali Bangunan SUK, Selangor


Kepada penggemar jeruk madu asli penang, buatan 100% Muslim, tiada sakarin (ibu gula), tidak memeritkan tekak, tidak menyebabkan batuk, temui kami di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor pada setiap akhir bulan, iaitu pada hari Jumaat, Kami akan mengadakan road show kami dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Thursday, August 18, 2011

Jeruk Madu Penang Di Pasaraya Halal Metamorf, KL

Pasaraya Halal Metamorf, Pasaraya Halal Anda ! Pasaraya ini terletak berhadapan Stesen Komuter Pantai Dalam. Sila dapatkan jeruk produk Muslim anda di sini.

Pasaraya Memamorf dibuka pada setiap hari dari jam 7:30 pagi hingga jam 8:00 malam   kecuali pada hari Rabu (tutup). Pada hari jumaat, tutup sementara solat jumaat dari jam 12.30tgh/hari hingga 3.00 petang.



Jeruk Madu Penang Di Az Zain, Seksyen 15, Shah Alam

Bagi penduduk sekitar Shah Alam, terutamanya tinggal berhampiran Seksyen 17,18,19,24,25 boleh mendapatkan jeruk madu penang kami yang terletak di Az Zain Seksyen 15, Shah Alam. Lokasinya berdekatan dengan Petronas, KFC.

Lokasi Jeruk Madu Penang Buatan Muslim

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kami ada menyediakan pek khas Jeruk Madu Penang  edisi Aidil Fitri. Sila dapatkan di Kedai Runcit D Lunas Jaya dan Visi Nyata Enterprise di Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor. Bagi mereka yang sukar mendapatkan bekalan tersebut boleh menghubungi 013-3721059.

Tuesday, July 26, 2011

Jeruk Madu Penang Pak Ali di Pasaraya Seri Kota, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor

Kepada penggemar jeruk madu penang di mana pembuatannya adalah 100% Muslim, tiada sakarin, tidak menyebabkan batuk dan air jeruk boleh diminum begitu sahaja tanpa memudaratkan, boleh membeli terus daripada Pasaraya Seri Kota, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor.



Wednesday, July 13, 2011

Lokasi terbaru produk Jeruk Madu Pak Ali

Mulai bulan Julai 2011, para pengemar jeruk boleh membeli jeruk kegemaran anda di Pasaraya Sri Kota, Kompleks PKNS Shah Alam serta di Pasaraya Halal Metamorf di Kg.Pantai Dalam, Kuala Lumpur (terletak berhadapan LRT Pantai Dalam).

Friday, June 17, 2011

Lokasi Jeruk Madu Pak Ali

Sila dapatkan jeruk kegemaran anda di Pasaraya AJI (Bersebelahan dengan MYDIN MART) Seksyen 7, Shah Alam, Cafe Arief Kawasan Rehat Dan Rawat Lebuhraya Dengkil, Stesyen PETRONAS Bukit Jelutong, Shah Alam.


Jeruk Madu Pak Ali Stesyen PETRONAS Bukit Jelutong

Thursday, June 16, 2011

Pelbagai Jenis Jeruk Sempena Bulan Ramadan

Kami ada membekalkan pelbagai jenis jeruk terutamanya kedatangan bulan Ramadan ini. Di antara jeruk-jeruk tersebut seperti mangga kuning, mangga sala, jambu batu, salak madu, sengkuang, kedondong hijau, kedondong kuning, pala sagat, kelubi, betik dan lain-lain lagi. Untuk tempahan sila hubungi Eryna Marketing 013-3721059.

Ceri

Kedondong Kuning

Betik



Mangga Sala

Jeruk MAdu Pak Ali Halal

Syukur, alhamdullillah. Jeruk Madu Pak Ali kini berstatus halal. Jadi, kita tidak perlu ragu-ragu dan was-was untuk menikmati jeruk tersebut.

Kiosk Jeruk Madu Pak Ali TESCO Shah Alam


Sebahagian pelajar yang mengikuti latihan praktikal di TESCO Shah Alam.

Monday, February 21, 2011

Kumpulan Ketiga Kursus Eksekutif Halal

Kumpulan Ketiga telah selesai menjalani "live practical" di Tapak Pasar Tani MEGA Stadium Shah Alam pada 20/02/2011, bersamaan pada hari Ahad. Cuaca pada hati tersebut agak panas, tiada angin bertiup, sehinggakan ada setengah peserta lelaki yang hampir berpeluh sakan ketika membuat promosi jualan Jeruk Madu Pak Ali. Kumpulan ini juga terdiri daripada 3 pelajar rempuan serta 2 pelajar lelaki. Rata-rata promosi mereka boleh dikatakan agak baik juga walaupun pada mulanya masing-masing berat mulut untuk mempromosikan dan juga agak malu-malu untuk menarik perhatian para pelanggan untuk membeli Jeruk Madu Pak Ali. Prestasi jualan kumpulan ini agak baik juga dan ranking kumpulan ini adalah di tempat Kedua.



Friday, February 18, 2011

Peserta Kumpulan Kedua Kursus Eksekutif Halal

Pada 13/02/2011, seramai 5 orang peserta telah datang untuk menjalani latihan praktikal cara-cara menjual Jeruk Madu Pak Ali. Peserta kumpulan ini terdiri daripada 2 orang lelaki dan juga 3 orang perempuan. Cuaca pada hari tersebut amat baik sekali, tidak ada hujan, jadi kita memang berharap agar jualan pada hari ini boleh mencapai target yang kita minta. Pada jam 1.00 tengahari, proses penjualan telah tamat. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang menduduki carta teratas jualan Jeruk Madu Pak Ali. Syabas diucapkan kepada kumpulan ini. Kami berharap agar kumpulan seterusnya dapat mengalahkan Kumpulan Kedua ini. Bagaimana dengan kumpulan seterusnya, ada berani? Bagaimana dengan kumpulan lain, ada rasa tergugat atau pun rasa-rasanya dapat memecahkan rekod Kumpulan Kedua ini.