Sunday, November 20, 2011

Hari Peladang dan Penternak Selangor 2011

Hari Peladang dan Penternak Selangor (HPPNS) 2011 telah bermula pada 18 Nov hingga 20 Nov (Jumaat-Ahad) dan berakhir semalam. HPPNS ini telah dirasmikan oleh Y.B DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Karnival ini telah berlangsung di Stesen MARDI, Jalan Kebun, Klang dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Terdapat beberapa gerai jualan yang dibuka pada hari tersebut yg kebanyakannya peserta dari FAMA, LPP, KADA, MADA dan beberapa lagi agensi kerajaan serta pengusaha IKS yg turut memeriahkan karnival. Antaranya adalah seperti Jeruk Madu Pak Ali, Pizza Pah, Minuman Isotonik OCTIVO dan lain-lain lagi.