Wednesday, November 7, 2012

Jeruk Pak Ali di Karnival Halal Fest Selangor 2012 Masjid As-Syarif Meru, Klang (9-11 Nov 2012)




(Jeruk Hotline 013-3721059) Karnival Halal Fest Selangor 2012 akan diadakan di Masjid As-Syarif, Meru, Klang, Selangor Darul Ehsan pada 9, 10 dan 11 (Hari Jumaat-Ahad) November 2012.

Bersempena karnival tersebut, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti gerai-gerai jualan makanan dan minuman, ceramah serta lain-lain aktiviti menarik.

Penampilan istimewa daripada pelakon Diana Amir dan juga Ustaz Azhar Idrus turut terlibat.

Kami daripada Jeruk Madu Penang Pak Ali akan turut berada di sana bagi memeriahkan aktiviti karnival. Datanglah beramai-ramai untuk mengunjungi karnival tersebut. Karnivak akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam.