Friday, March 7, 2014

Pengasas Jeruk Madu Pak Ali meninggal dunia

http://shar.es/Rgaw5


GEORGETOWN: Pengasas perusahaan jeruk dan makanan ringan terkemuka Jeruk Madu Pak Ali, Ali Omar, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Murni, Butterworth pada jam 2 petang tadi.
Ali yang mengasaskan perusahaan jeruk sejak 1985 itu meninggal dunia selepas menderita sakit sehingga membataskan pergerakan beliau yang mana berpunca daripada serangan strok beberapa tahun lalu. 
 
 Jenazah pengusaha Bumiputera terkenal itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Nibong dekat sini,ira-kira jam 8 malam.

Perusahaan jeruk yang diasaskan Ali mula berkembang menjadi satu jenama besar pada 2007 di negara ini.


Kami, daripada pihak pengurusan Eryna Marketing, pemborong/pembekal Jeruk Madu Pak Ali Shah Alam, Klang ingin mengucapkan takziah ke atas keluarga Pak Ali di atas pemergian beliau semalam iaitu pada hari Jumaat, 7hb Mac 2013. 


Kepada pelanggan, pengedar yang saya hormati semua, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Amin.